Wednesday, June 20, 2007

[ DAKWAT BASAH ]

Saya dengar, tapi memualkan

ARAKIAN, saya 'senang' dengan tuduhan liar itu, yang katanya, "Hasmi turun ke Ijok hanya karena dia mahu bertanding Ketua AMK!"

Saturday, June 16, 2007

Politik Gothik (Parti Keadilan) dan Tim Pencerahan

OLEH Jimadie Shah Othman (Republik Kata)

INGATLAH... 51 undi itu adalah benih. Secara retoriknya, boleh kita sebut sebagai "benih zaman". Jika mahu, Hasmi boleh memilih jadi 'berhala' untuk disembah. Tetapi berhala akan retak dimakan anai-anai. Tidak seperti idea yang punya seribu nyawa, seribu sayap. Harapnya, asas 51 itu boleh membawa kita terbang keluar daripada gothiknya politik yang sewel.

Catatan Pendek Tentang Parit Kuda

HASMI HASHIM
menulis menyentuh tragedi kematian dua beranak di kampungnya, Parit Kuda, Semerah, pada petang Jumaat lalu. Antara lain, tulisnya: saya tidak menyangka sama sekali bahawa sungai yang mengalir tenang dan melalui tepi rumah saya itu akhirnya memakan korban, walaupun sejak kecil saya sendiri selalu godak parit (mandi sungai) itu.

[ BERITA PARIT SULONG ]

Dua Beranak Mati Lemas

Dipetik daripada Berita Harian

SEORANG ibu yang cuba menyelamatkan anaknya berusia dua tahun daripada lemas di sebuah parit ketika banjir kilat di depan rumah mereka di Kampung Parit Kuda Darat, Semerah, semalam turut dibawa arus deras.

Sunday, June 03, 2007

[ KARYA ]

Azmin dalam Off the Edge

NAIB presiden Keadilan yang dianggap sebagai "tangan kanan Anwar" itu dalam majalah Off the Edge terbaru (Jun 2007) menjelaskan beberapa polisi parti berhadapan isu-isu getir, termasuklah Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) bagi menggantikan polisi lapuk Dasar Ekonomi Baru (DEB); sikap "ultra-Melayu" Anwar Ibrahim, sehinggalah isu-isu agama yang sering diputar-belit pemerintah untuk menafikan hak warganegara bukan Islam mendapatkan keadilan dalam sistem perundangan sedia ada.

Friday, June 01, 2007

[ AMANAT ]

Ketua Bahagian Parit Sulong Ucap Syabas Kepada Pas

TERHARU dan berbangga apabila Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang dengan jelas dan berani menghujahkan bagaimana demokrasi dan keadilan wajib dipertahan tatkala menyampaikan Ucapan Dasar Presiden dalam Muktamar Pas kali ke-53 lalu.