Wednesday, April 25, 2007

Ada Pertemuan Sulit Malam Ini

MALAM ini (25 April 2007), ada satu lagi pertemuan sulit, yang cuba diatur oleh seorang berpangkat "Datuk Seri." Saya menerka, biasa, untuk memujuk, dan membeli. Dan menawarkan segala-galanya yang ada di muka bumi ini.

Sunday, April 22, 2007

RM20 ribu tawar masuk Umno

TAN Sri Khalid Ibrahim semalam diserang pemuda BN... Khairy pun melaung-melalak konon berpuluh ahli AMK masuk Umno, dan duit ditabur-tabur. Satu-dua memang akan terpesona (atau pura-pura terpesona dan mengambil wang), tetapi Khairy wajib menunggu sampai hari mengundi, bagi kita lihat, mana lebih berkuasa, antara wang, dan semangat orang kampung dan rakyat.


Saturday, April 21, 2007

Catatan di Ijok

HASMI HASHIM ~ "APABILA saya lihat adegan baling botol, dan ada kayu batang bendera turut terbang, memang saya berlari ke tengah padang. Sekuat-kuat hati. Saya laungkan kepada Khairy Jamaluddin; saya cabar kamu debat! Di sini bukan tempat untuk lagak. Ayuh kita berdebat!"

Friday, April 20, 2007

Hasmi tawar diri bertanding ketua Angkatan Muda PKR

OLEH Malaysiakini.com

Hasmi berkata, era reformasi seperti yang diperjuangkan pada 90-an sudah tidak sesuai lagi tetapi kini masih ramai pemimpin muda yang terikut-ikut dengan arus tersebut.


Friday, April 13, 2007

[ BERITA NASIONAL ]


Mstar semalam (12 April 2007) mengupas mengenai persaingan yang dijangka tiga penjuru dalam Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai proses demokrasi mencari penganti Ezam Mohd Nor. Memetik analisa tersebut, Hasmi Hashim antara yang dicalonkan sebagai Ketua AMK mendapat sokongan beberapa pemimpin peringkat atasan, termasuk Majlis Pimpinan Tertinggi.


Tuesday, April 10, 2007

[ BERITA PARIT SULONG ]

Parit Sulong Jadi Antara “Bahagian Pencerahan”


OLEH Khairil Anuar


SEJURUS mempengerusi Mesyuarat AJK Bahagian Parit Sulong kali ke-2, HASMI HASHIM berkata, janggal kalau ada yang asyik melalak di peringkat nasional tapi Bahagian lemah menjelang Pilihanraya Umum.

Friday, April 06, 2007

[ SULONG TAYANG ]

[ EKSKLUSIF ] BAHAGIAN PERTAMA ~ Inti penting pidato Naib Presiden Keadilan, Azmin Ali dalam program penerangan di Keramat, Kuala Lumpur, 24 Mac lalu.

Sunday, April 01, 2007

[ BERITA NASIONAL ]

"Team Pencerahan" Semua Layak Bertanding

OLEH Ammar Rozi










SELAIN Ketua Bahagian termuda, Hasmi Hashim memperoleh lebih pencalonan jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat; Puteri Reformasi, Nurul Izzah Anwar (untuk jawatan Timbalan Ketua AMK) dan beberapa nama naib ketua AMK termasuklah Lee Khai Loon, Amiruddin Shaari, Zamakhsari Ibrahim, Sharifah Shahidah Syed Kamaruzaman dan beberapa nama lain juga melepasi kelayakan untuk bertanding.