Monday, July 31, 2006

[ BERITA NASIONAL ]

Johor akan buat kejutan

OLEH Zailan A Hamid

SUNGAI SAYONG (Tenggara) ~ Semangat dan sejarah perjuangan orang Johor demi memelihara harga diri bangsa merupakan teras kepada kebangkitan rakyat Johor menentang penindasan dan ketidakadilan yang dilakukan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini.

Saturday, July 22, 2006

[ KENYATAAN MEDIA ]

Demonstrasi sokong Palestin: lagi sandiwara Pemuda Umno

DEMONSTRASI yang dianjurkan oleh Pemuda Umno di perkarangan KLCC pada 21 Julai lalu berhubung isu keganasan rejim Israel ke atas masyarakat sivil Palestin hanya sandiwara untuk menutup kebobrokan sistem yang mereka dokong di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) ~ kerajaan yang tidak jauh beza dalam hal kezaliman dan penindasan terhadap rakyat.

Friday, July 21, 2006

[ NOTIS ]

Anwar datang Johor bersama Hadi

PENASIHAT Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan jawatan kerja pusingan ketiga ke Johor pada 29 Julai (Sabtu) ini. Antara lain, beliau dijadualkan merasmikan Pejabat Perhubungan Negeri yang baru di Taman Teratai, Kangkar Pulai kira-kira jam 3.30 petang.

Beliau juga akan mengadakan dialog bersama rakyat dan pemimpin peringkat negeri dan majlis ini juga dibuka untuk orang ramai. Dua kategori tiket dijual pada kadar RM40 dan RM50 bagi memungut derma tabung Keadilan Negeri. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Saudara Roslee di talian 012-7030 747, atau Saudara Lee Sang (012-3996 570) atau Saudara Liew di talian 019-7553 486.

Pada sebelah malamnya, Anwar akan berceramah bersama Presiden Pas, Datuk Haji Abdul Hadi Awang di Padang Awam, Felda Sungai Sayong, Kulai. Beliau dijangka menjelaskan beberapa isu termasuk perkembangan ekonomi dan langkah segelintir pihak yang mahu menjalinkan hubungan dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.