Thursday, August 03, 2006

[ DIALOG ]

EKSKLUSIF

Temubual dengan Anwar : 1976

SEHARI sebelum lebaran, 1976, Anwar Ibrahim dibebaskan daripada Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Sebuah majalah kecil, Sarina, yang ketika itu dikemudi oleh Harun Hassan dan Subky Latif menemubual Anwar melalui wartawan muda, Abdul Rahman Adnan, yang memakai nama "ARA."

Kami siarkan semula temubual tersebut bagi menunjukkan bagaimana konsistennya idealisme dan prinsip perjuangan yang ditunjukkan Anwar, samada kala muda sehingga ke hari ini ~ manusia yang terkurung selama lebih kurang lapan tahun oleh pemerintah kerana yakin terhadap perjuangan.

Yang dilalui Anwar tentunya bukan 'strategi politik', dan tidak ada pemimpin lain yang sanggup melalui jalan sedemikian... secebis rantau-duri perjuangan daripada sebaris tokoh besar dunia. Di sana, yang insaf akan tahu, tiada kecurigaan...