Friday, June 09, 2006

[ BERITA PARTI ]

Jangan dewakan Mahathir, kata Azmin Ali

OLEH Roy Rasul

NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Azmin Ali mengingatkan pimpinan Barisan Alternatif (BA) dan rakyat jelata tidak terperangkap dalam isu pertelagahan Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Di samping itu, beliau juga mengingatkan sesiapa sahaja pendukung BA agar tidak sekali-kali mendewakan bekas Perdana Menteri itu.