Wednesday, June 28, 2006

[ BERITA PARIT SULONG ]

Parit Sulong sedia letak calon

BATU PAHAT ~ Buat pertama kalinya selepas dua kali Pilihanraya Umum sejak reformasi 1998, Keadilan bahagian Parit Sulong mengambil keputusan untuk mengemukan calon dalam Pilihanraya Umum akan datang. Perkara ini antara keputusan yang dicapai dalam Mensyuarat Agong Bahagian, 24 Mei lalu.

Wednesday, June 21, 2006

[ AMANAT ]

Mengapa saya teruskan saman terhadap Mahathir ~ Anwar

INI memungkin kita membuka semula seluruh cara, taktik kotor dan jahat yang dikemukakan oleh Jabatan Peguam Negara, Polis dan Hakim.

Sunday, June 18, 2006

[ BERITA NASIONAL ]

Sukma hendak saman Polis

SUKMA Darmawan Sasmitaat Madja sedang menimbang sama ada akan menyaman pihak polis berhubung kejadian dia digari Khamis (22 Jun) lalu. Dalam kejadian tersebut, dua anggota polis dikatakan bertindak kasar menggari tangannya di bangunan majistret Kuala Lumpur sementara menunggu selesai urusan ikatjamin.

Friday, June 09, 2006

[ BERITA PARTI ]

Jangan dewakan Mahathir, kata Azmin Ali

OLEH Roy Rasul

NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Azmin Ali mengingatkan pimpinan Barisan Alternatif (BA) dan rakyat jelata tidak terperangkap dalam isu pertelagahan Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Di samping itu, beliau juga mengingatkan sesiapa sahaja pendukung BA agar tidak sekali-kali mendewakan bekas Perdana Menteri itu.

Wednesday, June 07, 2006

[ BERITA NASIONAL ]

Bubar sahaja Cawangan Umno ~ Anwar

BATU KAWAN (Perak) - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menggesa Ketua-ketua Umno Cawangan seluruh negara membubarkan cawangan masing-masing kerana parti itu semakin rosak teruk dan tidak boleh diselamatkan lagi.

[ BERITA PARIT SULONG ]

Warkah Keadilan untuk tiga Parlimen

PENDUDUK di kawasan Parlimen Parit Sulong, Batu Pahat dan Sri Gading akan memiliki sumber beritanya sendiri apabila Parti Keadilan Rakyat (keADILan) daripada tiga bahagian itu akan menerbitkan surat berita secepat mungkin. Surat berita itu akan dikenali sebagai “Warkah Keadilan” dan untuk cetakkan pertama dijangka lebih lima ribu naskhah.

Sunday, June 04, 2006

[ AMANAT ]

...Satu Permulaan

OLEH Hasmi Hashim

LAWATAN kerja Saudara Azmin Ali, Naib Presiden keADILan pada 26 Mei lalu sangat membanggakan dan berjaya. Umno dan Barisan Nasional (BN) mulai bergegar... Pengalaman lebih tujuh tahun membuktikan bahawa pemimpim Umno-BN yang ada hari ini sudah lupus idealisme perjuangan.